Sunday, September 26, 2010

Air Merah Tasik Retba Senegal







Ada sebuah tasik yang sangat dikagumi sebab warna airnya merah-kemerahan.. Tasik Retba boleh dijumpai di Senegal.. Tasik ini merah airnya disebabkan terlalu banyak mikroorganisma yang pelik dan pelbagai, serta merembeskan enzim yang menghasilkan warna merah-kemerahan ditambah pula kandungan garam di Tasik Retba yang sangat tinggi.

Saturday, September 25, 2010

Ikan Pari Manta Boleh Terbang

Ikan PARI MANTA ( MantaRay ) boleh membesar 6 meter hingga ke 7.6 meter dan anggaran berat dalam 2 ke 3 tan lebih. Keunikan ikan PARI MANTA ini antaranya ia boleh terbang agak tinggi.

Lihatlah gambar menarik yang diambil oleh Roland Seitre/Solent yang menunjukkan seekor PARI MANTA seakan-akan kapal terbang "STEALTH BOMBER" terbang setinggi lebih kurang 3 meter iaitu bersamaan 10kaki dari aras laut.


Fenomena PARI MANTA ini melakukan penerbangan adalah disebabkan ingin mencari pasangan. Kadangkala terdapat situasi dimana PARI MANTA ini melakukan lompatan "SOMERSAULT".Ini berlaku disebabkan ada faktor yang "mengembirakan" yang membuat PARI MANTA melakukan lompatan ini.

Wednesday, September 15, 2010

Hero Pancing Di Pagi Raya Aidilfitri 2010

Pada 1 Syawal 1431H bersamaan 10 Sept. 2010, hari Jumaat, kira-kira jam 12.10 tgh, Hero Pancing sempat mendaratkan Keli 356gm, dalam masa kira-kira 60 saat sahaja. Bertempat di sebuah lubuk Keli di Parit Hj.Tahir ( Parit 6 Bawah ), Bagan Serai Perak, Hero Pancing bersama-sama adiknya segera ketempat yang dimaksudkan pada pagi Aidilfitri, untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak dakwaan dilubuk itu, mudah menaikkan keli.

Lihat video ini.

video

Monday, September 06, 2010

Air Terjun Bertukar Warna Merah Sup Tomato


Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang Jurugambar Profesional Rochelle Coffey, sewaktu beliau dan suaminya sedang asyik mengambil gambar pemandangan di air terjun Cameron Falls, Alberta. Beliau terpegun setelah mengambil gambar di situ kira-kira dua jam, air terjun yang sejernih kristal telah bertukar menjadi warna merah pekat.

Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu (agrolite) mengalir ke dalam kawasan air terjun sekaligus mengakibatkan perubahan warna berlaku.

Waterton Lake, yang terletaknya Cameron Falls mengandungi endapan batuan tertua di pergunungan Kanada dan berusia 1,500 bilion tahun lampau.


Thursday, September 02, 2010

Siput Separuh Tumbuhan

Elysia Chlorotica

Para saintis telah menemui siput laut Elysia chlorotica yang dapat mensintesis klorofil seperti tanaman sebagai haiwan pertama dengan karakteristik herba. Ianya adalah makhluk pertama yang ditemui dapat menghasilkan pigmen klorofil tumbuhan.Haiwan ini mempunyai gen-gen yang memungkinkan untuk menjadi haiwan pertama dikenalpasti menunjukkan ciri-ciri tumbuhan. Gen-gen tersebut membantu siput laut ini membuat klorofil, berbanding dengan kemampuan seperti itu, warnanya yang hijau tidak lagi dilihat sebagai aneh. Para saintis dari University of South Florida telah mengenalpasti siput laut hijau ini sebagai haiwan pertama yang diketahui mampu melakukan ciri-ciri itu.

"Ianya mungkin gabungan dari tumbuhan dan binatang - ianya sangat menarik," kata John Sardis zoologi invertebrata dari Citadel di Charleston.

Siput laut Elysia chlorotica menyimpan kloroplas dari mangsa alganya dan akan dilihat sama seperti daun hijau gelap. Mangsa kepada siput laut itu, Vaucheria litorea, memerangkap kloroplas dalam sel-sel lapisan dalam saluran pencernaan.

Siput-siput laut ini hidup di paya-paya garam di New England dan Kanada. Sebagai tambahan setelah mencuri gen yang diperlukan untuk membuat klorofil pigmen hijau, siput-siput ini juga mencuri bahagian sel kecil yang disebut kloroplas, yang mereka gunakan untuk melakukan fotosintesis.

Kloroplas menggunakan klorofil untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh tumbuhan, menghilangkan keperluan untuk makan makanan untuk mendapatkan tenaga.
"Mereka boleh membuat molekul yang mengandungi tenaga tanpa harus makan apa-apa," kata Sidney Pierce, ahli biologi di University of South Florida di Tampa.


sumber: livescience.com


Wednesday, September 01, 2010

Obor-obor Gergasi Nomura








Obor-obor gergasi Nomura boleh membesar sehingga 5 ke 6 kaki (2 meter) lebar dan beratnya sehingga 450 pound (220 kilogram). Umumnya terdapat di perairan China dan Korea, obor-obor ini semakin meningkat bilangannya sehingga mengancam nelayan-nelayan kerana tersangkut di jaring dan banyak membunuh ikan-ikan dengan sengatnya yang beracun.