Tuesday, October 12, 2010

Memancing Guna Towing Truck.




Ikan paus yang disangkakan ikan keli, termasuk dalam pukat nelayan di Sarawak.

Monday, October 11, 2010

Hujan Ikan Dari Langit

Hujan Emas di negeri orang, Hujan Ikan berlauklah negeri orang itu. Harap-harap ikan yang turun dari langit tidak diracun. Baru dapat pergi memancing & buat lauk.

Sunday, October 10, 2010

Tak Dapat Memancing. Jalan Raya ke..!!?

Adakah ini Jalan Raya...!!? Cuba Teka...!!?



Ikan mati diracun di Louisiana, Amerika.




Sunday, September 26, 2010

Air Merah Tasik Retba Senegal







Ada sebuah tasik yang sangat dikagumi sebab warna airnya merah-kemerahan.. Tasik Retba boleh dijumpai di Senegal.. Tasik ini merah airnya disebabkan terlalu banyak mikroorganisma yang pelik dan pelbagai, serta merembeskan enzim yang menghasilkan warna merah-kemerahan ditambah pula kandungan garam di Tasik Retba yang sangat tinggi.

Saturday, September 25, 2010

Ikan Pari Manta Boleh Terbang

Ikan PARI MANTA ( MantaRay ) boleh membesar 6 meter hingga ke 7.6 meter dan anggaran berat dalam 2 ke 3 tan lebih. Keunikan ikan PARI MANTA ini antaranya ia boleh terbang agak tinggi.

Lihatlah gambar menarik yang diambil oleh Roland Seitre/Solent yang menunjukkan seekor PARI MANTA seakan-akan kapal terbang "STEALTH BOMBER" terbang setinggi lebih kurang 3 meter iaitu bersamaan 10kaki dari aras laut.


Fenomena PARI MANTA ini melakukan penerbangan adalah disebabkan ingin mencari pasangan. Kadangkala terdapat situasi dimana PARI MANTA ini melakukan lompatan "SOMERSAULT".Ini berlaku disebabkan ada faktor yang "mengembirakan" yang membuat PARI MANTA melakukan lompatan ini.

Wednesday, September 15, 2010

Hero Pancing Di Pagi Raya Aidilfitri 2010

Pada 1 Syawal 1431H bersamaan 10 Sept. 2010, hari Jumaat, kira-kira jam 12.10 tgh, Hero Pancing sempat mendaratkan Keli 356gm, dalam masa kira-kira 60 saat sahaja. Bertempat di sebuah lubuk Keli di Parit Hj.Tahir ( Parit 6 Bawah ), Bagan Serai Perak, Hero Pancing bersama-sama adiknya segera ketempat yang dimaksudkan pada pagi Aidilfitri, untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak dakwaan dilubuk itu, mudah menaikkan keli.

Lihat video ini.

Monday, September 06, 2010

Air Terjun Bertukar Warna Merah Sup Tomato


Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang Jurugambar Profesional Rochelle Coffey, sewaktu beliau dan suaminya sedang asyik mengambil gambar pemandangan di air terjun Cameron Falls, Alberta. Beliau terpegun setelah mengambil gambar di situ kira-kira dua jam, air terjun yang sejernih kristal telah bertukar menjadi warna merah pekat.

Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu (agrolite) mengalir ke dalam kawasan air terjun sekaligus mengakibatkan perubahan warna berlaku.

Waterton Lake, yang terletaknya Cameron Falls mengandungi endapan batuan tertua di pergunungan Kanada dan berusia 1,500 bilion tahun lampau.


Thursday, September 02, 2010

Siput Separuh Tumbuhan

Elysia Chlorotica

Para saintis telah menemui siput laut Elysia chlorotica yang dapat mensintesis klorofil seperti tanaman sebagai haiwan pertama dengan karakteristik herba. Ianya adalah makhluk pertama yang ditemui dapat menghasilkan pigmen klorofil tumbuhan.Haiwan ini mempunyai gen-gen yang memungkinkan untuk menjadi haiwan pertama dikenalpasti menunjukkan ciri-ciri tumbuhan. Gen-gen tersebut membantu siput laut ini membuat klorofil, berbanding dengan kemampuan seperti itu, warnanya yang hijau tidak lagi dilihat sebagai aneh. Para saintis dari University of South Florida telah mengenalpasti siput laut hijau ini sebagai haiwan pertama yang diketahui mampu melakukan ciri-ciri itu.

"Ianya mungkin gabungan dari tumbuhan dan binatang - ianya sangat menarik," kata John Sardis zoologi invertebrata dari Citadel di Charleston.

Siput laut Elysia chlorotica menyimpan kloroplas dari mangsa alganya dan akan dilihat sama seperti daun hijau gelap. Mangsa kepada siput laut itu, Vaucheria litorea, memerangkap kloroplas dalam sel-sel lapisan dalam saluran pencernaan.

Siput-siput laut ini hidup di paya-paya garam di New England dan Kanada. Sebagai tambahan setelah mencuri gen yang diperlukan untuk membuat klorofil pigmen hijau, siput-siput ini juga mencuri bahagian sel kecil yang disebut kloroplas, yang mereka gunakan untuk melakukan fotosintesis.

Kloroplas menggunakan klorofil untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh tumbuhan, menghilangkan keperluan untuk makan makanan untuk mendapatkan tenaga.
"Mereka boleh membuat molekul yang mengandungi tenaga tanpa harus makan apa-apa," kata Sidney Pierce, ahli biologi di University of South Florida di Tampa.


sumber: livescience.com


Wednesday, September 01, 2010

Obor-obor Gergasi Nomura








Obor-obor gergasi Nomura boleh membesar sehingga 5 ke 6 kaki (2 meter) lebar dan beratnya sehingga 450 pound (220 kilogram). Umumnya terdapat di perairan China dan Korea, obor-obor ini semakin meningkat bilangannya sehingga mengancam nelayan-nelayan kerana tersangkut di jaring dan banyak membunuh ikan-ikan dengan sengatnya yang beracun.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka..!


Merdeka..!! Banyak hasil dalam negeri.. Ikan paus yang dilapah oleh sekumpulan nelayan ditepi laut, luar negara.

Sunday, August 29, 2010

Sentap Pancing Jerung

Tengah sedap layan tarik, sentap punya sentap, terpelanting sampai bumbung... He.. he.. he..

Paus Meletup di Bandar

Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.

Saturday, August 28, 2010

FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH


Trafik atau pengunjung merupakan satu faktor utama jika anda menjalankan bisnes, tak kira samada dilakukan online, mahupun secara offline. Untuk mendapat traffic atau kunjungan potensi pelanggan, terdapat pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah mendapatkan backlink. Apa kata kita ikuti cara ini:



Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-


1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Facebook.com
2.
Google.com
3.
Bisnis Online
4.
Panduan belajar Wordpress
5.
Asli Software
6.
Lirik Musik Indo
7.
Asing Music Lyrics
8.
Free Templates
9.
Jogja-Blogger
10.
Tutorial Blogging Internet Bisnis Online
11.
pVidia Blog
12.
Stop Dreaming Start Action (Jonru)
13.
Bisnis di Internet
14.
Blogging-Surfer
15.
Hero Pancing



PERATURAN 1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).


2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.
Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.


--- Artikel ini diambil dan disalin semula oleh Hero Pancing. Sesiapa yang faham sistem ini boleh jelaskan dengan terperinci lagi kerana Hero Pancing pun tak faham. ---


Nak tanya anda, ada tak CARA MENCARI PELAWAT KE LAMAN BLOG, HERO PANCING

Thursday, August 26, 2010

Pancing Udang

Hari Ahad 22 Ogos 2010, rasa gian nak memancing datang, di tengah bulan puasa ni. Cuaca pula waktu itu panas terik. Tapi masih terasa nak memancing juga.

Redup sikit berada di Kolam Pancing Taman Desa, Seputeh. Kolam pancing ikan & udang terletak bersebelahan sahaja.

Nak tunggu tengah panas waktu berpuasa, memang letih. Tapi masih rasa nak memancing, niat diteruskan juga di kolam pancing Udang.


Dah 10 minit menunggu Udang, umpan tak terusik pun.


Dapat Udang kecil pun jadi la..


Wah..! Udang ni besar lagi..


Banyak juga dapat Udang, 2.5kg.

Akhirnya, berbuka puasa lauk Udang Sambal hari ni. Main hentam masak je, janji boleh ditelan :)

Saturday, August 21, 2010

Sungai Dalam Laut

Cenote Angelita, Mexico, terdapat sebuah gua dasar laut yang unik. Sekumpulan para penyelam scuba telah merekod dan merakamkan gambar keunikan laut ini.

Di bawah aras laut pada ke dalaman 30 meter, air laut tersebut adalah air segar (tawar), tetapi pada kedalaman 60 meter, air laut tersebut merupakan air masin.

Pada kedalaman ini, dapat dilihat sebatang "sungai" pada dasar laut beserta tumbuhan dengan daunnya seperti berguguran.

Para saintis telah membuat kajian bahawa "sungai" tersebut bukanlah "sungai" biasa tetapi lapisan Hidrogen Sulfida yang kelihatan seperti sungai.


"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu."
Al-Rahmaan ayat 19.

"Antara keduanya, ada batas yang tidak dilampaui masing-masing"
Al-Rahmaan ayat 20.




Ilham Bot Ikan

SELAMA lebih sepuluh tahun, Innespace telah membangunkan pengangkutan air yang membolehkan pemilik melakukan pelbagai aksi samaada menyelam, melompat, berpusing, meluncur dengan pelbagai aksi akuabatik yang mampu menggagumkan setiap mata yang memandang.

Innespace Productions ditubuhkan pada tahun1997 oleh Rob Innes dan Dan Piazza. Syarikat itu pada mulanya memulakan operasi sebagai sebuah syarikat mereka bentuk dan pembangunan khusus dalam bidang pengangkutan air boleh tenggelam berprestasi tinggi.

Rob Innes juga merupakan pembina perahu yang berasal dari New Zealand. Beliau memiliki lima belas tahun pengalaman dalam bidang pembuatan dan rekaan bot selain memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan daripada Unitech University serta ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan dari Auckland University.

Manakala Dan Piazza pula merupakan seorang jurumesin yang diperakui dengan memiliki dua puluh tahun pengalaman dalam rekaan dan kejuruteraan dalam bidang pengangkutan air.

Dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada mereka berdua, mereka bekerjasama untuk menubuhkan Innespace untuk memajukan lagi industri pengangkutan air boleh tenggelam untuk kegunaan demonstrasi, promosi-promosi komersial dan rancangan-rancangan televisyen. Selepas beberapa tahun syarikat tersebut menjadi tumpuan utama dalam beberapa siri perlumbaan pengangkutan air.




Gambar Pemenang Cabutan Bertuah Hero Pancing Ria 1 Ogos 2010
Nak tanya anda, ada tak CARA MENCARI PELAWAT KE LAMAN BLOG, HERO PANCING,