Saturday, August 21, 2010

Ilham Bot Ikan

SELAMA lebih sepuluh tahun, Innespace telah membangunkan pengangkutan air yang membolehkan pemilik melakukan pelbagai aksi samaada menyelam, melompat, berpusing, meluncur dengan pelbagai aksi akuabatik yang mampu menggagumkan setiap mata yang memandang.

Innespace Productions ditubuhkan pada tahun1997 oleh Rob Innes dan Dan Piazza. Syarikat itu pada mulanya memulakan operasi sebagai sebuah syarikat mereka bentuk dan pembangunan khusus dalam bidang pengangkutan air boleh tenggelam berprestasi tinggi.

Rob Innes juga merupakan pembina perahu yang berasal dari New Zealand. Beliau memiliki lima belas tahun pengalaman dalam bidang pembuatan dan rekaan bot selain memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan daripada Unitech University serta ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan dari Auckland University.

Manakala Dan Piazza pula merupakan seorang jurumesin yang diperakui dengan memiliki dua puluh tahun pengalaman dalam rekaan dan kejuruteraan dalam bidang pengangkutan air.

Dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada mereka berdua, mereka bekerjasama untuk menubuhkan Innespace untuk memajukan lagi industri pengangkutan air boleh tenggelam untuk kegunaan demonstrasi, promosi-promosi komersial dan rancangan-rancangan televisyen. Selepas beberapa tahun syarikat tersebut menjadi tumpuan utama dalam beberapa siri perlumbaan pengangkutan air.




Gambar Pemenang Cabutan Bertuah Hero Pancing Ria 1 Ogos 2010
Nak tanya anda, ada tak CARA MENCARI PELAWAT KE LAMAN BLOG, HERO PANCING,

No comments:

Post a Comment