Thursday, August 12, 2010

Coelacanth Ikan PraSejarah


Coelacanth Ikan PraSejarah

Sekumpulan pengkaji dari Universiti Sam Ratulangi, Institut Sains Indonesia dan Fukushima Aquamarine Jepun telah menemui sejenis ikan yang dipercayai dari zaman prasejarah yang diberi nama Coelacanth (Latimeria menadoensis). Menurut kajian, ikan itu dipercayai wujud sejak 380 juta tahun yang lalu.

Ikan tersebut telah ditemui sewaktu para pengkaji tersebut sedang menggunakan alat ROV (Remotely Operated Vehicle ) di perairan Talise, Minahasa Utara, pada kedalaman 155 meter di bawah aras laut.

”Penemuan ini sangat mengejutkan. Ikan tersebut ditemui hidup dan berenang bebas dihabitatnya,” kata Prof Alex Masengi, Dekan Fakulti Perikanan dan Laut Universiti Sam Ratulangi.

Pada 27 Jun 2007, kumpulan yang sama telah menemui ikan Coelacanth di perairan Malalayang, teluk Manado, Sulawesi Utara pada kedalaman 190 meter dari aras laut. Ini merupakan penemuan kedua sekitar 120 kilometer arah utara dari yang sebelumnya.
Habitat ikan Coelacanth berada di sekitar kedalaman 180 meter dari aras laut dengan suhu maksimum 18 darjah celcius di dalam kawasan jurang laut.

Ikan ini hanya hidup di perairan barat Afrika Selatan dan perairan Indonesia timur yang masing-masing disebut Latimeria chalumnae dan Latimeria menadoensis.

Spesis baru yang ditemui di Manado pada tahun 1999 mengejutkan dunia kerana sejak tahun 1940 spesies Coelacanth dikenali hanya berasal dari bahagian barat Madagaskar.

Coelacanth dikategorikan sebagai ikan prasejarah dan fosil hidup kerana dianggarkan sudah wujud semenjak Zaman Cretaceous, sekitar 380 juta tahun yang lalu.

Nak tanya anda, ada tak CARA MENCARI PELAWAT KE LAMAN BLOG, HERO PANCING,

No comments:

Post a Comment