Thursday, August 26, 2010

Pancing Udang

Hari Ahad 22 Ogos 2010, rasa gian nak memancing datang, di tengah bulan puasa ni. Cuaca pula waktu itu panas terik. Tapi masih terasa nak memancing juga.

Redup sikit berada di Kolam Pancing Taman Desa, Seputeh. Kolam pancing ikan & udang terletak bersebelahan sahaja.

Nak tunggu tengah panas waktu berpuasa, memang letih. Tapi masih rasa nak memancing, niat diteruskan juga di kolam pancing Udang.


Dah 10 minit menunggu Udang, umpan tak terusik pun.


Dapat Udang kecil pun jadi la..


Wah..! Udang ni besar lagi..


Banyak juga dapat Udang, 2.5kg.

Akhirnya, berbuka puasa lauk Udang Sambal hari ni. Main hentam masak je, janji boleh ditelan :)

2 comments:

  1. salam..
    der ader tempat pancing udang
    kat area taman pelangi area sentul

    ReplyDelete
  2. Cantek tu... nantikan HeroPancing di sanaaaa...!

    ReplyDelete